Monday 27 February 2012

Cerita seorang remaja Kristian mendapat hidayah Allah (LOO JO YEE)








Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Ma
laysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Friday 24 February 2012

Nama korang mula dgn huruf apa ? Just for fun okeyh !! :)

Nama korang mula dgn huruf apa ? Just for fun okeyh !! :)

Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama . nak tahu ? tengok laa sendiri ♥

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Wednesday 8 February 2012

Ladang Syurga Kucing Terbesar

Ladang Syurga Kucing Terbesar


  • 4602
     
    Share
1ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
Ladang ni bukan seperti ladang  yang biasa. Ladang ini menempatkan ratusan kucing terbiar dari merata tempat. Ia dibina pada tahun 2003 dari Craig Grant. Sebenarnya, Craig Grant bukanlah seorang yang sangat sukakan kucing sehinggalah beberapa tahun sebelum 2003 (mungkin dier dah suka lepas tu). Kemudian, dia menjadi sangat sukakan kucing dan membina ladang ini untuk menjaga kucingnya. Ladang ini menempatkan lebih 400 ekor kucing dangan kemudahan tempat tinggal dan makanan yang lengkap.
p/s: Wah, untungnya kucing ni, tak payah pikir apa-apa dah, Cuma makan, tido dan main haha.
2ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
3ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
4ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
5ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
6ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
7ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
8ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
9ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
10ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
11ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
12ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
13ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
15ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
30ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
29ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
31ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar

Antara Sebab Melakukan Seks Itu Penawar Penyakit

Seks Ubat Penawar Penyakit
Kajian oleh pakar seksologi mendapati seks boleh dijadikan penawar kepada penyakit jika ia dilakukan dengan tenang dan teratur. Antara kajiannya:-
1. Seks mempunyai kaitan rapat dengan berat badan wanita. Kekerapan melakukan seks mampu melangsingkan badan kerana ia juga ibarat gerakan senaman.
2. Tekanan jiwa dapat dihilangkan dengan melakukan seks secara teratur dan mendapat kepuasan sepenuhnya.
3. Di dalam sesetengah kes terdapat juga wanita mahupun lelaki yang mengalami masalah buasir kemudian hilang setelah melakukan seks.
4. Ketidakpuasan dalam hubungan seks boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan jiwa, sering dalam kecemasan, sakit dada dan penyakit jantung.
5. Tekanan jiwa yang dihadapi oleh penagih alkohol boleh hilang sekiranya mendapat kepuasan seksual.
Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??
6. Seks merupakan satu cara bagi mereka yang mengalami kesukaran tidur. Seks merupakan pil tidur yang paling mujarab.
7. Tentunya anda bertanya apa hubungan sakit jantung dan seks. Sebenarnya aktiviti seks merupakan satu senaman seperti penarikan nafas yang dalam dan dapat menenangkan fikiran jika dilakukan dengan tenang dan teratur.
8. Bagi mereka yang ingin awet muda, lakukan seks dengan kerap kerana ia menghindarkan berlakunya penuaan dengan cepat.

Remaja Singapore Hina Nabi Muhammad S.A.W

Budak Singapore Hina Nabi Muhammad S.A.W
Admin ingin kongsikan remaja yang agak keterlaluan ini menghina NABI MUHAMMAD S.A.W…Remaja ini berasal dari Singapore telah menghina NABI MUHAMMAD S.A.W dan menghina agama islam….Semoga mendapat hidayah Asy’ari J. Asni…..
Perkataan Yang Ditulis “EH JIJIKLAH KORANG NI,NABI PALSU KORANG JAM 54 TAHUN TAU.EH,NI ORANG GILA AJE LAH.meh korang islam yang ade anak perempuan,kasi aku kawin boleh?aku nak pancut dalam sekarang jugak.
alahai,jijiknya,kenapa bangsa aku tertipu-daya pada agama merepek ni?:)”
Itu lah ayat yang ditulis oleh Asy’ari J. Asni yang tidak berperikemanusiaan nie..melayu ke ape nie?
Sharing is caring…antara post lain yang mengutuk dan menghina Nabi Muhammad S.A.W
Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad S.A.W

Monday 6 February 2012

LAUKANA BAINANA : Andainya Rasulullah ada bersama kita

AssaLamuaLaikum

Desert
Suatu hari Rasulullah bertanya :
“Siapakah hamba ALLAH yang mulia?”
Sahabat menjawab : Para Malaikat Ya Rasulullah, dan tentulah para nabi, merekalah yang mulia.
Rasulullah tersenyum lalu berkata : “ Ya mereka mulia tetapi ada yang lebih mulia”
Para sahabat terdiam lalu berkata : “Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah?”
Rasulullah berkata : “Tentulah kalian mulia, kalian dekat dengan ku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.”

Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata:
“Wahai Sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku,
mereka terlalu mencintai ALLAH dan tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku, bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA, MEREKALAH UMATKU! “

IBU, KAU UMPAMA BIDADARI DUNIA



      
       Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

      Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

      “ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

      “Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

     Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.
“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

     Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

     Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?

“Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!”


P/S: Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.

Salah guna terowong : jadi tempat memadu kasih

MELAKA: Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.
Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas.

Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar.
Penduduk, Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.

“Kami pernah menangkap beberapa pasangan. Dulu kawasan ini sunyi dan mereka suka memadu kasih di situ, malah pejalan kaki pernah menemui tilam atau tikar di dalam terowong itu, selain ia menjadi kawasan lepak Mat Gian.

“Pada waktu petang pula, terowong ini menjadi pilihan pasangan pelajar untuk berasmara. Namun kini, gerai berdekatan mula beroperasi dan ia dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat di dalam terowong berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Menurut Nordin, keadaan itu juga menyebabkan jemaah yang hendak ke masjid di situ untuk menunaikan solat Subuh takut menggunakan terowong berkenaan.

Katanya, cadangan untuk membina pagar supaya laluan itu boleh ditutup pada waktu malam diaju kepada pihak bertanggungjawab, tetapi ia tidak dapat dilaksana kerana tiada individu yang sanggup memegang kunci pagar bagi menjaga laluan berkenaan.


Seorang lagi penduduk, Noorazman Ali, 40, berkata selain menjadi lokasi pasangan bercinta, terowong berkenaan juga kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang menghubungkan longkang di terowong itu dengan longkang berhampiran tidak diselenggara dengan baik.

“Setiap kali hujan lebat terowong ini dinaiki air kerana longkang sedia ada tidak dapat mengalirkan air keluar.

“Keadaan ini menyukarkan pengguna untuk melalui terowong berkenaan, malah keadaan sistem perparitan yang tidak diselenggara dikhuatiri mengundang serangan haiwan berbisa,” katanya.

Menurut Noorazman, keadaan terowong berkenaan bertambah bahaya apabila lampu yang disediakan rosak sehingga laluan itu gelap.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Abdul Razif Ibrahim, berkata pihaknya akan mengarahkan kakitangan jabatan itu untuk turun padang meninjau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan segera.

“Bagaimanapun, cadangan memasang pagar tidak dapat dilaksanakan kerana ia laluan awam dan kami tidak boleh menutupnya,” katanya.

* Sumber myMetro

Keropok Lekor Herba Awet Muda

  
Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU) Terengganu dengan kerjasama Sidratul Corporation Sdn Bhd akan mengeluarkan keropok lekor dan keping yang diadun dengan pelbagai tumbuhan herba.

Keropok tersebut akan terasa tongkat ali, kacip fatimah, manjakani dan lain-lain tumbuhan herba untuk awet muda yang akan diadunkan sebagai salah satu bahan untuk membuat keropok

Keropok terbabit dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Menerusi MoU itu, YPU dan Sidratul Corporation akan membuat penyelidikan bagi menghasilkan keropok yang lebih berkualiti, sesuai untuk pasaran antarabangsa.
Nak makan keropok lekor banyak banyak lah lepas nie..

Sunday 5 February 2012

Bunga Telur from crepe paper.100% handmade.purple klasik.

Bunga telur.........memang cantik klasik....











Saturday 4 February 2012

Foto : Seni lukis lantai 3D yang boleh membuat mata tertipu









Tanda apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina



Gambar Hiasan
Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)
3. Anda suka bersendirian berjalan malam.
4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.
Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.
6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.
7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan  yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…
8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.
Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.
Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.
10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.
Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.
13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.
14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.
16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.
Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.
18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.
Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.
19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.
…dan sebagainya…
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.
Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.
Wallahua’lam

Friday 3 February 2012

Usahawan Perancis Membela Wanita Muslim

Usahawan Perancis Membela Wanita Muslim



Seorang Usahawan Perancis bernama Rachid Nekkaz telah mengumumkan bahawa beliau akan membayar segala saman yang di kenakan ke atas wanita yang memakai Hijab.Bukan sahaja di Perancis tetapi di seluruh dunia terutama di negara negara yang mengharamkan pemakaian Hijab




Sungguh mulai insan ini.Semuga Allah berkati umur dan rezeki beliau hendaknya...Allah Hu Akbar.
Saya tak mampu lagi nak buat apa yang beliau lakukan.

Lady Gaga cari penderma Sperma

Penyanyi lagu Born This Way ini lagi-lagi menarik perhatian umum melalui pemikiran anehnya. Setelah menyuruh seorang remaja Britain ganti kelamin, kini Lady GaGa mengungkapkan bahawa dia ingin segera ada anak. 

Kerananya, dia membuka tawaran bagi siapa pun yang mahu mendermakan spermanya, namun dengan satu syarat! Kekasih Taylor Kinney mengungkapkan bahawa anaknya nanti harus memiliki darah Itali. Kerananya, lelaki yang mendermakan sperma pun juga harus memiliki darah Itali, khususnya Sisilia.

Tentunya, kekasihnya yang berdarah Amerika itu jelas tidak masuk hitungan. Jika rancangan itu benar-benar terlaksana, maka kemungkinan besar pembuahan akan dilakukan melalui inseminasi.

Memang sejak kelahiran bayi Beyonce, Blue Ivy Carter awal Januari lalu, wanita bernama asli Stefani Germanotta ini sudah kebelet ada bayi.

Namun ketika disahkan tentang hal ini, ahli inseminasi Italia, Severino Antinori, menolak memberikan penjelasan.

Thursday 2 February 2012

Bila Laungan Azan Bergema Di Gereja

Bila Laungan Azan Bergema Di Gereja...

Pernahkah anda terfikir bahawa laungan azan akan berkumandang di dalam gereja?
Sewaktu menonton video yang bertajuk, ‘Unity Humanity For Peace’ di YouTube, penulis agak tertarik dengan ucapan seorang paderi yang berada di dalam sebuah gereja yang mengajak manusia untuk sentiasa mengekalkan keamanan di dunia dan mengharapkan rahmat dari Tuhan dalam setiap agama.
Lebih mengharukan, setelah selesai memberikan ucapan pembukaannya, laungan azan berkumandang di dalam gereja itu!

Malah, laungan azan yang merdu itu turut disertakan dengan maknanya sekali dalam klip berkenaan.
Azan itu dilaungkan oleh seorang pemuda beragama Islam, Ben Youcef yang juga seorang pelakon dan model.

Dia banyak terlibat dalam kegiatan dakwah.
Ketika azan dilaungkan oleh Ben Youcef, semua yang berada di dalam gereja itu tunduk dan duduk diam tanda hormat terhadap laungan azan yang menandakan kebesaran dan kesucian agama Islam.
Ia dirakamkan sewaktu berlangsungnya dialog antara agama yang dihadiri puak Yahudi, penganut Kristian dan juga penganut Islam di sebuah gereja dekat Universiti Southern California tahun lalu.

Menyingkap kisah hidup Ben Youcef, pemuda ini dilahirkan di Algeria dan telah melanjutkan pelajarannya ke London dengan mengambil jurusan pengurusan perniagaan serta mendalami ilmu teater.
Semenjak itu, Ben Youcef telah berkecimpung dalam dunia model selama hampir dua tahun dan banyak terlibat dalam dunia pengiklanan di New York.

Memetik kata-katanya di laman peribadi rasmi miliknya, www.benyoucef.com, objektifnya menjadi seorang pelakon adalah untuk membawa pemahaman yang baru iaitu budaya Timur Tengah ke seluruh dunia.
Dengan rasa rendah diri, Ben Youcef mengakui masih mengekalkan cara hidup yang sederhana supaya semua manusia dapat melihat keikhlasan dan kejujuran dalam memperjuangkan seni Islam yang dibawa olehnya,

Penghinaan terhadap Melayu " MELAYU BABI GEMUK "

Ini lah antara perkauman yang berlaku antara bangsa China dan Melayu..macam2 diperkatakan kepada Melayu seperti " MELAYU BABI GEMUK " ...sebagai bangsa Melayu memang sesekali tidak akan menerimanya...dkini.com pon tidak dapat menerima semua penghinaan seperti ini,,,Jikalau Bangsa Melayu 
" Melayu Babi Gemuk " ,,Bangsa China makan apa ?..puuuiiiii.....Fikir-Fikirkan lah......

Ape ke jadah semuanya nie !...hendak boikot sana,,hendak boikot sini...Bukti nya ada dibawah :


Ini pula Boikot bangsa Melayu terhadap pengeluaran produk dari bangsa China...Bukan Melayu sahaja boikot pengeluaran China,,,Bangsa China pon boikot pengeluaran Melayu,,bukti nya gambar diatas...




Ini pula  komen pasal politik,,,

[黑心种族性杯葛海报!
连面包都要被巫统种族化!]

我们一起share出去!!!

大家来看看这张海报!
海报出现了一个杯葛郭鹤年产品的讯息,他们发表文告指出:
他们,在还未经证实就报道说《MASSIMO》面包和郭鹤年公司一系列出产的产品有毒!!!

1)老郭拥有以上的品牌=边缘化土著供应商。

2)老郭出产的面粉,面包及食油有毒,欺骗马来西亚人民50年并影响了马来西亚人民的健康。

3)老郭的生意销售手法是增加马来西亚各种族憎恨而达成。

4)吃了有毒素的食品的大马人民都会患上癌症!

这肯定是国阵又在搞种族分裂!
身为消费者的我们,我们建议并要求政府马上检验郭鹤年出产的面粉,面包及食油,发现有毒应该即刻制止,以防毒害的发生;如果发现这篇文章是诬蔑,这是很严重的事情,请立即提控造谣者。

此文章没有任何的专家证实,也没有提出检验报告,目前也没有人因食用了以上食品而中毒,加上提出的三个原因皆没有根据点,所以我们相信这是一项抹黑行动。

文章写的是種族性原因的杯葛,这是对国家种族和谐的一大破坏。如果国阵政府是支持一个马来西亚的话,更加要马上处理这类事件,不然就是空口说白话,口说无凭了
Korang translate la sendiri di http://translate.google.com.my yek...kami malas nak translate...sebab ia akan memeningkan kepala sahaja...


Pastinya dkini.com dari bangsa Melayu memang PANAS dengan kata-kata penghinaan yang amat teruk sekali terhadap Melayu ....puiiiii !!!!!!!!!

Wednesday 1 February 2012

Murid maut dipanah petir, 4 termasuk guru cedera



KUALA KANGSAR – Seorang pelajar maut manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera dalam tragedi panahan petir di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Mazuin di sini, petang ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang terkorban, Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, bersama tiga rakan dan seorang guru baru sahaja selesai menjalani latihan memanah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, tiga lagi rakan mangsa berusia 10 hingga 12 tahun dan seorang guru dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Difahamkan ketika kejadian cuaca hujan dan mangsa bersama rakan-rakan masih lagi berada di padang selepas selesai menjalani latihan.

“Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Pakri dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan kematian disebabkan oleh 'lightning injury'.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih lagi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Bayi Gigit Kepala Ular



BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.


“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP

7 Sebab Cinta Anda Ditolak Wanita


Apabila sesuatu cinta ditolak terutamanya daripada wanita yang kita sudah lama memendam perasaan adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin wanita tersebut mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan wanita menolak cinta lelaki adalah……..

(1) Anda tidak mempunyai aset - Mungkin bukan keseluruhan wanita yang memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripadanya lebih mementingkan aset seseorang lelaki itu berbanding perkara lain. Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak cinta anda.

(2) Mereka sudah berpunya - Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita sememangnya adalah lebih setia berbanding lelaki. Sekiranya mereka seorang wanita yang baik dan amat menghargai pasangan yang mereka miliki sekarang, sudah pasti mereka akan menolak cinta anda.
(3) Mereka adalah playgirl - Sememangnya matlamat seorang wanita yang playgirl adalah sentiasa untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Mereka hanya mendekatkan diri kepada anda hanya untuk tujuan lain (terutamanya mengenai kewangan) dan bukan untuk bercinta. Sekiranya mereka menerima cinta ada sekalipun, ia hanyalah merupakan satu permainan.

(4) Tindakan anda yang salah - Sekiranya pada awal perkenalan telah bermacam-macam perkara yang anda mahukan atau sebagainya, ia sememangnya satu tindakan yang salah. Wanita akan menolak cinta lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Anda seharusnya lebih tenang dan tidak terlalu gelojoh.

(5) Masa yang tidak tepat - Mungkin ketika anda berusaha untuk memikat seseorang wanita dan terdapat lelaki lain yang turut melakukan perkara yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan. Adalah lebih buruk sekiranya anda mungkin mengambil tindakan yang agak lewat dan akan menyebabkan mereka mungkin akan menolak cinta anda.

(6) Sejarah hitam - Mungkin seseorang wanita itu mempunyai sejarah hitam ketika bersama lelaki lain dan menyukarkan mereka untuk menerima cinta anda. Adalah lebih buruk sekiranya mereka berasa trauma untuk bercinta sekali lagi.
(7) Anda tidak menarik perhatian mereka - Seseorang wanita sememangnya akan lebih mudah tertarik terhadap perwatakan, tingkahlaku atau sikap anda yang tersendiri. Sekiranya mereka menolak cinta anda, mungkin kerana anda tidak berjaya untuk menarik perhatian mereka.

Kesimpulan, sekiranya cinta anda ditolak, jangan berlengah untuk mencari cinta baru..

Rancangan TV Akademi Seks Show Terbuka Di Jepun



Bila dah terlampau maju pelik jijik dan lucah pula jadinya.Akademi Seks Realiti tv ini secara terbuka.Penonton pula semua perempuan.Berebut-rebut untuk memegang lelaki tak berpakaian.Semasa adegan 18Sx ada penonton yang munutup mata..ada yang juga yang mulut terlopong.Pelik bila Jepun terkenal denga sopan boleh luluskan Game show sebegini.


Penonton terpilih akan undi dengan one two som ..sesiapa terpilih dengan rakusnya oral seks disaksikan ramai.Seterusnya hubungan intim atas meja situ juga.



Followers