Saturday, 2 June 2012

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita



Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,

1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.

2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.

3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.

4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.

5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.

6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

Tanda-Tanda Lelaki Sukakan Wanita Itu




Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.

1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

Tanda Si dia Menyukai Anda



Untuk mengetahui seseorang perempuan/lelaki itu menyukai seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.


1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
.

3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!
.

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Monday, 14 May 2012

Siapakah Moktar Dahari? ramai yang masih tidak tahu




Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu.
Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya – pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
Berikut diperturunkan sedikit maklumat yang dapat dicari oleh pihak editor untuk golongan muda masa kini.
TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak
ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim
BAPA: Dahari Abeng
EMAK: Maimon Sadikin
ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina
KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR
1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.
1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.
1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.
1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B’. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. – Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.
1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah’ itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.
1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.
1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.
1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat’ nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.
1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.
1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. – berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.
1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.
1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.
SUMBER : http://kudinstory.blogspot.com

Monday, 7 May 2012

Resort tergantung yang terpelik di dunia


Anda Pelik?..Ini adalah gambar Resort di Thailand iaitu SONEVA KIRI RESORT THAILAND.Resort ini tergantung di pokok-pokok,hanya 29 buah sahaja dibina,

Apa-apa pon,Jom Layan !




Tuesday, 24 April 2012

Ikan Jenahak Emas Dijual Dengan Harga RM114 000





Hanya empat ekor ikan jenahak emas ditangkap di Teluk Bengal setiap tahun. Tahun ini, seekor yang ditangkap di Chittagong menjadi bahan sensasi dalam masa semalam saja. Seorang ahli perniagaan dari Hong Kong yang tidak mahu dikenali telah membeli Jenahak emas itu yang mempunyai berat 37 kg dengan harga USD$38,000 (MYR 114,000) untuk makan dagingnya yang lazat, kata Jahangir Saudagar, yang menjual ikan itu, kepada AFP.

Encik Saudagar, yang bekerja di sebuat pasar ikan berdekatan Chittagong, membeli ikan itu secara bidaan dari seorang penangkap ikan yang menangkapnya di Teluk Bengal, sebelum menjual ikan itu kepada ahli perniagaan tersebut.

Jasad Ariel Sharon Yang Tidak Diterima Bumi







JASAD ARIEL SHARON (BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL) TAK DITERIMA BUMI.

Kenapa kita perlu benci terhadap Sharon laknatullah?

1. Bayangkan sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.
 
2. Bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.

3. Bayangkan sekumpulan keluarga, disuruh beratur depan rumah, dan ditembak.

4. Bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.

Dan semua mangsa itu adalah umat Islam Palestin yg ditindas Ariel Sharon
.

81 Rahsia Penting Tentang Tahi Lalat



Rahsia Tahi Lalat
1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14-Betis kanan= Suka berhibur, boros
15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21-Kening kanan = Cerdas dan cekap
22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31-Pada hidung= Banyak rezeki
32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36-Tumit kiri= Baik budi
37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38-Alis kiri= Ramai yang suka
39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42-Jari kaki kanan= Suka menolong
43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50-Pipi kanan= Ramai teman
51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53-Ubun-ubun= Kurang jujur
54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

Agnes Monica bercinta dengan ahli Super Junior



Penyanyi Agnes Monica dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Korea, Siwon, dari kumpulan Super Junior atau lebih dikenali dengan nama 'Suju'.
Baru-baru ini KapanLagi telah melaporkan bahawa pelantun "Matahariku" ini telah tampil di salah sebuah rancangan terkenal di Korea dimana ia menguatkan lagi dakwaan terhadap gosip percintaan mereka berdua.
Penjelasan yang di buat oleh penyanyi berusia 25 tahun ini adalah bahawa dia dan Siwon hanya berkawan sahaja.
Agnes yang mengetahui Super Junior akan datang ke Indonesia, menegaskan bahawa hubungannya dengan Siwon hanyalah bersifat profesional.
"Tiada yang istimewa berlaku di antara kami, kami cuma berbual ketika di belakang pentas. Saya tidak berhubung dengannya melalui laman sosial," jelasnya.
Agnes turut menjelaskan tentang isu Siwon atau nama sebenarnya, Choi Si-won menjadi pengikut di Twitter-nya itu hanyalah perkara kecil, dia sendiri tidak mengetahui akan perkara tersebut setelah diberitahu peminatnya.
"Selepas saya sampai di Indonesia, peminat yang memberitahu Siwon menjadi pengikut saya di Twitter. Saya pun mengikutnya kembali, itu sahaja," ujarnya.

Monday, 23 April 2012

Seharum Pusara Masyitah

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Masih ingat kisah Masyitah? Salah seorang serikandi Islam yang dijanjikan syurga oleh Allah kerana tekadnya beliau memegang tauhid Allah hingga ke hujung nafasnya. InsyaAllah, mari kita susuri kisah tokoh Islam yang sangat berani ini, lalu mengambil kekuatan daripada beliau, betapa kukuh pegangannya memegang tali Allah.

Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil. Hazaqil ialah seorang yang amat dipercayai oleh Fir’aun, manakala Masyitah pula adalah penyisir rambut anak Fir’aun. Mereka amat taat dan beriman kepada Allah SWT namun, mereka berjaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fir’aun.

Disebabkan Hazaqil menentang Fir’aun kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya terhadap Allah, maka beliau turut dijatuhkan hukuman mati. Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh dengan ditembusi anak panah. Isterinya, Masyitah sangat bersedih atas kematian suaminya itu.

Pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisir tersebut terjatuh ke lantai, lalu Masyitah pun berkata tanpa disangka-sangka:

“Dengan nama Allah, binasalah Fir’aun.”

Disebabkan marah, anak Fir’aun telah mengadukan perkara tersebut kepada ayahnya. Lalu, Masyitah pun dipanggil oleh Fir’aun untuk disoal siasat.

Ketika disoal sama ada benar atau tidak dia menghina Fir’aun, Masyitah mengiyakan tanpa rasa takut atau gentar. Lalu, Fir’aun menjadi murka. Dua pilihan diberi kepada Masyitah, samada dia mengatakan Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah atau jika dia ingkar, dia dan anak-anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Masyitah tetap dengan keimanannya. Namun, dia merasa sedikit ragu apabila melihat wajah kedua anaknya. Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, anak yang masih menyusu itu berkata;

“Jangan bimbang wahai ibuku. Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT. Pintu syurgaNya akan terbuka luas menunggu kedatangan kita.”

Lantas, tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak panas yang sedang menggelegak itu bersama kedua anaknya. Tiada sebarang tangisan ataupun jeritan yang kedengaran. Malahan keajaiban telah terjadi dengan kehendak Allah. Minyak yang sedang menggelegak itu tiba-tiba mengeluarkan haruman yang semerbak.

Demikianlah kisah Masyitah. InsyaAllah, semoga kita semua akan dapat mengambil hikmah dan mengikuti jejak langkahnya, meninggal di dalam keadaan yang teguh menggenggam Kalimah Tauhid yang agung.

--------------------------------------------

Letakkanlah diri kita sekarang di dalam situasi yang dialami oleh Masyitah. Adakah kita akan tetap memegang Tauhid Allah, atau sanggup kita melepaskan Islam & Allah kerana takut dengan minyak yang mendidih & menggelegak itu?

Sesungguhnya, tetaplah berpegang teguh kepada Allah. Berpeganglah pada hukum Allah, dari Dia kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali..

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Allah telah memberikan kekuatan, keyakinan & keberanian kepada mereka untuk tetap berpegang kepadaNya kerana mereka sentiasa yakin & percaya dengan kekuasaan & pertolongan Allah. Pengajaran inilah yang paling penting untuk kita semua agar iman kita akan terus dikukuhkan oleh Allah. insyaAllah..

Mudah-mudahan, kembalinya kita kelak, walau tidak seharum pusara serikandi agung Masyitah, sekurang-kurangnya, dapatlah kita meraih keredhaan Allah.. amiin ya rabbal 'alamin..

Allahumma inni as aluka ridhoka wal jannah, ya Allah..
Wallahu 'alam...

Ketahui Balasan Meninggalkan Solat



Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.



Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."



Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.



Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.



"Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.



Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.



Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"



Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."



Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.



Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu.



Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."



Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?".



Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Kata-kata Hikmah....



Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.


Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW..MasyaALLAH


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Saturday, 21 April 2012

Apabila Telur Dimasukkan Ke Dalam Cuka (12 Gambar)

Apabila Telur Dimasukkan Ke Dalam Cuka (12 Gambar)

Inilah kehebatan sains yang anda perlu tahu. Anda juga boleh mencuba eksperimen ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti cuka dan telur. Anda juga perlu memakai sarung tangan untuk tujuan keselamatan kerana cuka tersebut adalah sejenis asid asetik yang boleh menghakis kulit.

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

♥ "Jika Aku Menikah, Izinkanlah Aku Menikahinya...Kerana ALLAH" ♥

♥ "Jika Aku Menikah, Izinkanlah Aku Menikahinya...Kerana ALLAH" ♥



KETIKA hati ini telah jatuh dalam lembah bernama cinta...
Ketika virus-virusnya telah meracuni dan menyebar keseluruh jiwa...
Maka “ANTIBODI” bernama akal sihat telah terkalahkan begitu saja...
Segala cara dan upaya dilakukan untuk menunjukkan kepada sang pujaan hati..
Bahawa “...INILAH CINTA...” 

Cinta yang di anugerahkan oleh Rabb kita...
cinta yang INDAH...
cinta yang TULUS...
cinta yang tidak akan lekang oleh waktu...
Ya...kerana cinta sebegitu memang terasa "SEMPURNA 

Kehadapan Ayah dan Bonda... 
Tanpa terasa.. sudah sekian lama aku hidup bersama kalian...
Hidup dalam naungan cinta dan kasih sayang yang tiada henti bersama kalian...
Bersama saudara-saudarku...kakak,abang dan adik-adik... 
Adalah sebuah kurnia yang terindah dalam hidupku...

Dari kalian aku tahu...
Apa itu baik...dan apa itu buruk...
Dari kalian pula...aku belajar berjalan
dan bertahan dalam kerasnya roda kehidupan...

Cinta dan kasih sayang yang kalian tanamkan..
Telah mampu menunjukan pada diriku..
Bahawa hidup dengan cinta itu sangatlah indah...
Sangat berwarna....

Ayah dan Bonda....
Saat detik jam berdetik untuk kesekian kalinya...
Aku tersedar...Bahawa aku kini bukan “LELAKI KECIL” kalian lagi...
Kata orang aku sudah beranjak dewasa...Benarkah???...hurmmm... 

Entah mengapa...
Aku mulai merasakan ada yang berubah pada diriku...
Fizikalku.. keperibadianku...sifatku...bahkan perasaanku

Ketika ada seseorang datang dan memberikan perhatian padaku...
Aku merasa berbeza...
Ada debar-debar aneh dalam hatiku...

Ketika dia menyapaku... aku sangat senang dan tersipu...
Namun ketika dia menghilang... aku merasakan gundah yang luar biasa...
Terkadang...hati ini merajuk ...
Ingin rasanya mendapat perhatian lebih darinya...
Bukan bererti perhatian dari kalian tidak memuaskanku...
Tapi entahlah... sepertinya perhatian yang dia berikan padaku terasa “BERBEZA” dari yang kalian berikan....Terasa lebih indah...
Aku sering marah bila sikapnya terlalu jelik padaku...
Sering menangis manakala dia mengacuhkan dan menyakiti perasaanku...

Bonda...
Aku tidak tahu...apa yang terjadi pada diriku saat ini ???
Apa ada yang salah dengan diriku???

Benarkah aku telah jatuh hati padanya??? 
Benarkah virus merah jambu itu telah membuat hatiku “SAKIT” seperti ini...???
Apa dulu bonda merasakan apa yang aku rasakan sekarang?

Aku tidak tahu...
Bagaimana aku harus mengatur perasaanku...
Semua cinta dan sayang yang ada dalam hatiku ini muncul tanpa aku memintanya..

Aku tahu...
Mungkin aku belumlah LAYAK memupuk rasa ini...
Tapi aku ini hanya lelaki biasa yang terkadang tidak mampu menolaknya...
Aku seperti dirimu bonda...
Yang tersenyum manakala senang...
Yang menangis manakala sedih...
Dan marah manakala kecewa... 

Aku ingin belajar hidup sepertimu...
Belajar mencintai pasangan seumur hidupku...
Belajar mencintai dan menyayangi anak-anakku kelak...

Ayah dan Bondaku tercinta....
Bolehkah aku mengajukan sebuah permintaan padamu???

Izinkan aku menikah....
Izinkan aku memupuk perasaan dalam hatiku ini..
Izinkan aku untuk mencintainya dan menyayanginya dengan cara yang syar’i...
Izinkan aku hidup bersama orang yang ku cintai...

Rasanya aku tidak sanggup
untuk membuang jauh-jauh perasaan yang ada dalam hatiku ini...
Aku begitu mencintainya...
Begitu mengharapkannya...
Tapi aku tidak mampu menunjukkannya...
kecuali bila aku telah RASMI memilikinya...
Kerana itulah jalan yang HALAL...
Jalan yang diridhai Allah bagi hamba-Nya yang saling mencinta...
Jalan yang disamping kanan-kirinya terhampar limpahan pahala...

Aku sedar...
Aku memang masih muda...
Bahkan mungkin...
kalian masih menganggapku “LELAKI KECIL” manja dan ke anak-anakkan...
Tapi.. apakah usia itu adalah SYARAT kedewasaan Ayah???
Apa usia muda itu suatu kesalahan untuk berumah tangga Bonda???

Aku ingin belajar tentang kehidupan...
Aku ingin belajar lebih dalam mengenal cinta dan sayang...
Aku ingin belajar lebih dewasa...
Aku ingin belajar berumah tangga...

Permintaanku hanya satu...iaitu

Kepercayaan...

Agar aku yakin..
Bahawa aku mampu menjadi seorang suami yang baik sepertimu ayah... 
Juga mampu menjadi ayah teladan bagi anak-anakku kelak...Semoga... 

ketika mulut tak sanggup mengungkap..biarkanlah hati yang bicara... 
didedikasikan kepada saudariku yang sedang "BERJUANG"

Jika nanti aku menikah
Mungkinkah kelak mahar calon isteriku
seindah mahar Ummu Sulaim pada Abu Thalhah ?
“cukuplah keislamanmu menjadi maharnya”

Jika aku menikah…
Mungkinkah aku mampu sebijak Ali pada isterinya Fatimah?

Jika aku menikah
Mungkinkah aku akan sebahagia dan setegar Ali ?

Yang menjadikan Fatimah sebagai satu-satunya bidadari baginya ?
Hidup seperti Ali bin Abi Thalib yang fakir namun pemberani ?
Terkadang hanya makan sekali sehari dan itupun sebuah roti yang sangat keras ketika dinikmati?

Jika aku menikah..
Akankah aku seistimewa Rasul Mu?
Ketika, Rasulullah berkata pada Aisyah…
“Duhai Aisyah...ya Khumaira…engkau adalah isteriku dunia akhirat ”

Jika aku menikah…
Siap dan sanggupkah aku melepas keseronokkan dalam hidupku ini
berdebu dalam tuntutan dakwah
dan tak banyak waktu untuk memanjakanmu?

Jika aku menikah…
Akankah cinta ini dapat terbahagi dengan adil?
Agar Rabb-ku tak terlalaikan oleh nafsuku 
Dengan keenakkan pelukan kasih,sayang dan cintaku pada isteriku?

Jika aku menikah
Sanggupkah aku menjadi bertahan bersama bidadariku Menyusuri lautan kehidupan?
Meski gelombang tak berhenti membuat layar ini terumbang-ambing…

Dalam celah sepertiga malamku…Terselip sebuah doa sederhana :

Ya Rabbi….
Jika nanti aku menikah…
Jadikanlah Aku sebagai Imam
yang akan mengarahkan Isteri dan Anak2 ku kepada 
Syariat-Mu
Jadikan aku sebijak Rasulullah
Jadikan aku sebahagia dan setegar Ali yang bersahaja
Jadikan aku seistimewa Umar
Dan jadikanlah aku seorang mujahid yang kelak syahid di jalan-Mu.

Teruntuk kalian wahai bidadari dunia…semoga Allah senantiasa menjagakan takhta mu diatas keimanan dan kecintaan pada-Nya, pada Rasul-Nya, dan pada Deen ini…

Dipetik dan diolah dari sebuah blog yg ayie dah lupa...tapi ayie amat suka akan karangannya...seakan2 luahan hati ayie sendiri. Semoga Allah memberkati pengarangnya.  


Followers