Friday 13 July 2012

Ayam bogel tanpa bulu


Seorang ahli genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.

Ayam dengan kulit telanjang diciptakan dengan perkawinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang memiliki leher tak berbulu.

Idea di belakang pembangunan ayam telanjang ini bertujuan menghasilkan spesies ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan ayam proses.

Dan tentu saja, ayam ini tidak memerlukan pencabutan bulu sebelum diolah, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.

Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.

Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bogel ini dengan mengatakan,

“Ini bukan ayam rekayasa genetik, itu berasal dari keturunan alam yang karakteristiknya telah dikenal selama 50 tahun, saya hanya membantunya untuk cepat tumbuh. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia tidak memiliki bulu.”

Para saintis juga berharap generasi baru akan tumbuh lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akan memfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam boleh lebih gemuk.

Berita tentang ayam berbulu pertama kali muncul pada tahun 2002, dan sejak itu tidak ada lagi perkara baru yang didengar. Kurangnya keluar di media tentang ayam khusus menunjukkan bahawa penciptaan Mr Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.

Inovasi genetik ayam tanpa bulu ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2002, dan kurangnya berita perkembangan baru tentang ayam tanpa bulu ini menunjukkan genetik ayam tanpa bulu ini tidak boleh dikembangkan untuk pasaran komersial.



Cicak Spiderman Ditemui di Kenya

Cicak Spiderman adaptasi dari Mwanza Flat Headed Agama.
Cicak Spiderman adaptasi dari Mwanza Flat Headed Agama. 

Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu. 
Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka. 
Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman. 
"Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai," katanya. [Sumber

Kisah Wang Kertas RM100 dan RM1.00

Gambar hiasan.

Wang RM 100 & RM1.00 sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat. 
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yang RM100 bertanya kepada RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet". 
Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah", RM 1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat". 
Akhirnya menangislah RM 100. Kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan!! 

Followers