Friday, 15 June 2012

5 Hacker Perempuan (Awek) Paling Cantik dan Seksi di Dunia

Posted on 18:14 by din danny

Salam sejahtera... Bila orang sebut mengenai penggodam (hackers), biasanya yang terlintas di bayangan adalah seorang ulat buku dengan kaca mata tebal dengan gaya hidup yang nerd. Kemampuan serta kehebatan hackers perempuan juga tidak kalah dengan kaum adam. Mari kita terjah hackers perempuan yang cantik, cun dan seksi ini...



Joanna Rutkowska mula dikenali dalam persidangan Black Hat Briefings di Las Vegas pada Ogos 2006. Pada waktu itu, Rutkowska mendemonstrasikan proses serangan (hacking) yang telah dia lakukan terhadap sistem Windows Vista. Tidak hanya itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Awal 2007, dia membentuk Invisible Things Lab di Warsawa, Poland. Sebuah syarikat yang memfokuskan  keselamatan sistem operasi VMM serta perkhidmatan rundingan keselamatan internet. Tahun 2010 juga Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang merangkumi 'full protect security'. Rutkowska juga pernah memberikan nasihat terbuka untuk Vice President of Microsoft Security Technology Unit untuk lebih memperketat sistem keselamatan dalam Windows Vista. Rutkowska memang seorang hacker yang sangat dicari untuk diajak bekerjasama.


Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi di New York University. Kristina sempat popular kerana  beliau mengodam jutaan dolar dari beberapa bank di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bersama dengan pasukannya, Kristina menyedut duit dari ribuan akaun bank sebelum akhirnya tertangkap pada November 2010. Hacker cantik ini menggunakan virus Zeus Trojan Horse untuk menyerang akaun-akaun tersebut. Ramai orang berpendapat bahawa Kristina merupakan salah satu hacker terseksi yang pernah ada.


Raven Adler, seorang gadis bergaya gothic menjadi wanita pertama yang melakukan presentasi di DefCon Hacker Conference. Namun, Raven lebih senang jika untuk dikenali kerana kemampuannya sebagai hacker dan diakui oleh orang lain. Kebelakangan, ia cukup aktif mengubah, mengakses, dan mengaudit untuk keamanan di pelbagai agensi.

 

Xiao Tian, mula dikenali sejak 19 tahun lagi. Kehebatannya dalam dunia hacking juga tidak diragukan lagi. Search engine nombor satu di dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat dari Xiao Tian dan pasukannya,  China Girl Security Team. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur Google China. Disebabkan tidak tahan dengan serangan Xiao Tian dan hackers-hackers lain, Google telah bertindak menutup smua operasinya di China.


Ying Kracker, memiliki wajahnya yang manis dan cantik membuat ramai orang tak mungkin percaya bahawa beliau adalah seorang hacker. Pekerjaan sebenar Ying pula adalah seorang guru di Shanghai, China.

Ying mengajar langkah-langkah awal sebagai proses hacking, seperti bagaimana mengganti IP Address dan bagaimana memanipulasi password. Ying juga merupakan seorang ahli dalam membuat software khususnya mengenai hacking.

No Response to "5 Hacker Perempuan (Awek) Paling Cantik dan Seksi di Dunia"

Leave A Reply

Followers