Friday, 15 June 2012

0 1 Tips & Info | Kaedah Menghadiri Sesi Temuduga

Posted on 17:59 by din danny




Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Siapa sini yang bakal-bakal menghadiri temuduga yang pertama sekali, yang kedua kali, ketiga kali dan seterusnya. Kesian juga ya kalau dah banyak kali temuduga nie tapi htak dapat-dapat juga kerja yang diingini tu. Mungkin bukan rezeki koranglah tu. Apa boleh buat sabar jak lah, banyakkan doa kepada Allah S.W.T. insyaAllah suatu hari nanti dapatlah tu. So, di sini admin ada beberapa tips untuk dikongsikan bersama yang admin dapat dari rakan-rakan blogger, setelah penat menjelajah satu dunia, mungkin yang ini jawapan yang mantap jugalah kepada soalan-soalan yang sering berlegar-legar di ruang kepala otak korang tu.hehehe

1. Persiapan Awal

Persiapan awal sebelum menghadiri temuduga :-

(a) Datang tepat pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan dengan membawa bersama surat panggilan temuduga.

(b) Sediakan satu fail khas yang mengandungi dokumen asal seperti berikut :-

- Sijil angkatan tentera/ Sijil tamat perkhidmatan (bagi bekas/pesara tentera sahaja)
- Kad pengenalan 
- Surat beranak
- Sijil persekolahan termasuk sijil Berhenti Sekolah dan Keputusan peperiksaan
- Lesen memandu (bagi jawatan Pemandu sahaja)
- Sijil-sijil kemahiran/kursus yang dihadiri (jika ada)

2. Semasa Menghadiri Temuduga

Sila ambil perhatian semasa menghadiri temuduga mengenai perkara-perkara berikut :-

(a) Berpakaian kemas, baju berlengan panjang serta berseluar panjang yang sesuai warnanya dan pakaian mestilah digosok terlebih dahulu.

(b) Kasut mestilah berkilat dan memakai sarung kaki. Kasut-kasut jenis getah seperti kasut warna putih, kasut sukan dan kasut berbelang mestilah dielakkan.

(c) Rambut hendaklah disikat rapi dan tidak berambut panjang.

(d) Jika menyimpan misai/jambang hendaklah dikemaskan dengan rapi.

3. Sebelum Memasuki Bilik Temuduga

Sebelum memasuki bilik temuduga mestilah memastikan perkara berikut :-

(a) Sila laporkan diri kepada kakitangan yang bertugas.

(b) Dapatkan angka giliran atau senarai nombor temuduga.

(c) Mestilah bersiap sedia pada bila-bila masa jika nama dipanggil mestilah segera menampilkan diri.

4. Memasuki Bilik Temuduga 

Ketika memasuki bilik temuduga, pastikan perkara-perkara berikut dilakukan :-

(a) Ketuk pintu terlabih dahulu. Jika jawapan diterima 'Sila Masuk' barulah masuk.

(b) Setelah masuk, sila tutup pintu dengan cermat dan jangan menutup pintu dengan kuat.

(c) Berikan ucapan salam ' Assalamualaikum' bagi panel yang beragama Islam manakala Selamat Pagi/ Selamat Petang kepada panel yang bukan beragama Islam.

(d) 'Sila Duduk' jika diarahkan duduk.

(e) Duduk dengan bersopan iaitu badan ditegakkan, tangan diletakkan kebawah atau ke atas paha dan kaki diluruskan kebawah. Elakkan melakukan perkara-perkara berikut :-

  • menyilang kaki semasa duduk
  • Menyandar dikerusi dengan tangan menungkat dagu
  • Duduk dengan tubuh yang tidak lurus


Perhatian

Elakkan dari membawa masuk perkara yang tidak perlu seperti sampul surat, beg, topi keledar dan sebagainya.

5. Semasa Ditemuduga

Semasa ditemuduga perkara-perkara berikut mestilah dilakukan :-

(a) Serahkan fail yang mengandungi dokumen-dokumen asal.

(b) Bercakap dengan nada yang rendah, bersopan dan teratur.

(c) Bercakap dengan jelas dan terang.

(d) Bercakap setelah pihak penemuduga telah selesai berkata-kata.

(e) Menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan jelas dan terang. Jangan menjawab secara meleret-leret atau secara berjela-jela.

(f) Jangan melakukan kesalahan-kesalahan berikutsemasa ditemuduga :- 

  • Bercakap dengan nada yang kuat dan tidak sopan.
  • Menjawab soalan dengan air muka yang marah dan tidak sopan.
  • Bercakap dengan menggerakkan tangan atau tubuh.
  • Menjawab soalan yang tidak ditanya oleh pihak penemuduga.
  • Menjawab soalan secara meleret-leret.
  • Ketawa terlalu kuat.
  • Menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitive.


6. Setelah Selesai Temuduga

Setelah selesai temuduga dijalankan, sila lakukan perkara-perkara berikut :-

(a) Sila ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga.

(b) Sila bangun dari tempat duduk dengan cermat dan elakkan menarik kerusi yang boleh mengeluarkan bunyi.

(c) Bergerak secara perlahan dan cermat ke arah pintu dan buka serta tutup pintu dengan cermat.

7. Di Luar Bilik Temuduga

Setelah berada di luar bilik temuduga, ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :-  

(a) Dapatkan kembali dokumen-dokumen asal yang berkemungkinan telah diserahkan kepada kakitangan bertugas.

(b) Elakkan dari berbincang dengan rakan-rakan di luar bilik temuduga.


-**Nota kaki busuk**- Selepas semua selesai bertawakal saja dan berdoalah pada Allah S.W.T. agar semuanya baik-baik. Jika tak dapat tu janganlah terus putus asa, cuba lagi....

No Response to "0 1 Tips & Info | Kaedah Menghadiri Sesi Temuduga"

Leave A Reply

Followers