Wednesday, 6 June 2012

(KHAS UNTUK WANITA) RAHSIA KEKAL CANTIK

Posted on 06:54 by din danny




Sejak berabad yang lalu, wanita sering dikaitkan dengan kecantikan. Maka tidak hairanlah jika para gadis sanggup berbuat apa sahaja untuk kelihatan sentiasa cantik dan sihat. Pelbagai produk kecantikan dan kesihatan diaplikasikan pada wajah dan tubuh untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Namun begitu, Islam sememangnya indah. Ada beberapa cara yang anda boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk kekal cantik dan sihat tanpa mengeluarkan perbelanjaan, dan paling penting mengikut cara Islam.


Cuci Wajah 5x Sehari
Agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. Kemudian ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.


Bersenam Elakkan Stres
Untuk menghilangkan stres atau tekanan, anda boleh bersenam. Bersenam melalui solat. Ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. Dani inilah sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.


Rahsia Bibir Cantik
Anda ingin memiliki bibir yang cantik, mungil dan berseri? Tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembab bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan juga tidak sombing dan takabur.


Dikenali dan Disayangi
Agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan, ucapkanlah salam kepada orang lainyang ditemui sama ada di kuliah, di pejabat ataupun di sebarang majlis. Selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda juga dapat meluaskan persahabatan. Melalui cara ini, anda akan lebih disayangi oleh orang ramai.


Tubuh Langsing Jadi Idaman
Untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet atau pil kurus. Sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. Jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

No Response to "(KHAS UNTUK WANITA) RAHSIA KEKAL CANTIK"

Leave A Reply

Followers