Thursday, 26 January 2012

Replika Jubah Nabi Adam A.S

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata:
Rasulullah SAW bersabda "Allah menciptakan Adam dalam bentuk setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yakni beberapa malaikat yang sedang salam kepada kelompok itu, iaitu beberapa malaikat yang sedanag duduk, dan dengarkanlah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: "Semoga keselamatan menyertai kalian". mereka menjawab: "Semoga keselamatan dan rahmat Allah menyertai kalian". Mereka menambahkan "rahmat Allah". Maka setiap orang yang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang setinggi enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang"-hadis riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pohon (sangat besar dan rendang) sehinggakan seseorang mengelilinginya, maka masa 100 tahun belum cukup baginya."-hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Faktanya: Nabi Adam as tinggal di syurga sebelum baginda dicampakkan ke bumi. Jadi berdasarkan hadis2 di atas, kita sudah tahu jawapan berkenaan saiz Nabi Adam as.


::::REPLIKA JUBAH SETINGGI 29 METER ::::




Subhanallah..saya jumpa kat 1 blog dan just share informasi jer kalau betul atau tak jangan mare yek, hanya Allah SWT yg lebih mengetahui.. Replika baju ni di buat di Jeddah Saudi untuk mengetahui setinggi manakah nabi Adam A.S.







)Idea pakaian dan penyediaan, reka bentuk dan pelaksanaan -Hamdan bin Odeh Beheiri Mas'udi(Saudi).
Inovasi dari Kampung Rantau Tabuk telah membantu dalam 4 daripada tukang jahit menjahit.Beliau berkata orang muda itu menyebut bahawa idea berasal dari pembacaan biografi Adam A.S.
Panjang seperti yang dinyatakan dalam tempoh 60 hasta hadis-hadis.
Berikut adalah butir-butir menjahit pakaian:-
-Tempoh untuk menjahit pakaian ini adalah 18 hari
-Bilangan kain potensi yang digunakan dalam menjahit pakaian ini ialah 40 Tenaga (roll penuh)dan 30 Kili benang


Panjang pakaian adalah seperti berikut:-
-Pakaian panjang 29 meter.
-Memperkenalkan antara bahu 9 meter dan lebar 12 meter dari bawah.
Dan panjang jumlah 10 meter.
Garis pusat leher 6 meter dan 2 meter di sekeliling.
Berikut adalah gambar-gambar dan saya berharap anda suka
Imej yang pertama semasa proses mengangkat halangan Trailer)

Sumber penuh : gempak.org

PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?

PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?


Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.
Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan).

Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.

Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).
Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).
Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.

Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.
Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir.
Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?

Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.

Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.
Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.

 

Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.

” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.

” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.


” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan  untuk makluman umum.
Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.
Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.

Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)
Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat.

Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.
Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.
Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah.

Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).”

Wednesday, 25 January 2012

Pertandingan Bra Tercantik Di Hunan



Berita Pelik-Pertandingan yang diadakan pertama kalinya di Hunan ini berlangsung selama 2 bulan, yang menarik dalam Final yang diadakan di Changsa acaranya diadakan di luar gedung / outdoor dengan pemandangan air. namun tiba2 hujan turun dan membuat acara menjadi kacau  kerana selain membuat susah untuk dilihat penonton juga membuat para  peserta banyak yang terpeleot dan terjatuh. Namun acara tetap berlangsung sampai akhir acara dan yang keluar menjadi juaranya adalah :1. Ma Yuan ,2. Xiao Yuan Yuan 3. Viya














7 Potongan Rambut Lelaki yang Disukai Wanita

Seringkali yang dilihat wanita pertama kali dari lelaki adalah tatanan rambut mereka. Potongan rambut yang tepat, bisa menarik perhatian wanita. Nah, bagi para lelaki yang ingin tahu dandanan rambut yang disukai para wanita, ini dia model-modelnya.


Zac Efron Style





Gaya rambut ini sangat cocok untuk kesempatan formal, seperti akan mengajak wanita makan malam romantis di sebuah resto atau pergi ke pesta. Jenis rambut lelaki yang bisa ditata seperti ini adalah lurus dan sedikit tebal. Caranya, belah rambut ke samping, terapkan wax, jangan menyisirnya hingga rapi dan kempis. Biarkan natural 
dan tata rambut sedikit berisi dan bergelombang.


Curly-Wave Style





Bagi lelaki  berambut keriting bukan berarti tidak bisa tampil gaya. Potong bagian samping rambut menjadi agak tipis. Untuk tengah rambut, potong sedikit pendek, namun jangan ditipiskan. Biarkan rambut agak tebal dengan menunjukkan keriting yang menjadi ciri khas.
50s Style
Tampilan rambut vintage ala tahun ’50an kembali menjadi tren tahun ini. Rambut klimis membuat pria tampak lebih dewasa dan profesional. Potong bagian samping rambut. Belah pinggir, lalu tata rambut menjadi sedikit berjambul. Gunakan wax untuk membuat rambut tampak licin.
American Style

Rambut potongan ini akan menjadi terlihat fashionable di tahun 2012 ini. Wanita yang suka mengikuti tren, tentu akan menyukai pria dengan tatanan model rambut seperti ini. Tipsnya adalah, hanya tipiskan bagian samping kanan dan kiri. Bagian tengah rambut, tetap sedikit panjang dan tebal. Ke sampingkan rambut dan beri sedikit hairspray untuk menjaga penampilan rambut.
Modern Elvis Style

Rambut  lelaki  berjambul tinggi juga akan menjadi tren 2012, yang tentunya juga disukai wanita. Biarkan rambut tetap sedikit panjang dan tebal. Sasak rambut dan sisir ke belakang, dan terbentuklah rambut berjambul ala Elvis Presley.
Short Spike Style
Model rambut spike masih tetap akan diidolai wanita untuk sepanjang masa. Tentu model rambut ini sangat aman bagi  lelaki . Bedanya, bagian atas tidak terlalu panjang atau pendek agar bisa ditata bervariasi.
Taylor Lautner Style
Gaya rambut lelaki  yang aman lainnya adalah rambut pendek dan tipis ala Taylor Lautner. Potongan rambut  lelaki ini juga disukai ramai . Sumber

Thursday, 19 January 2012

Lost World: Gunung Roraima


 Foto ini dari Brazil,,fuhhhhhhh,,,cantik2,,tapi menggerunkan jugak kan,,, Enjoy !!



 





Giliran Nazmi Faiz Mansor Ke Cardiff City



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Nampaknya CARDIFF CITY yang dimiliki oleh Dato Chan Tien Ghee benar-benar mahu membantu pemain bola sepak Malaysia untuk mngembangkan bakat lagi di liga eropah. Sebelum ini Bluebirds telah pun memberikan latihan percubaan kepada penyerang Safee Sali dan kapten pasukan kebangsaan Malaysia Safiq Rahim, tetapi Safee dan Safiq gagal untuk mengikat kontrak bersama Cardiff. Terbaru Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City pula.

Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City

Kini, Peluang pemain muda negara iaitu Nazmi Faiz pula ke Cardiff City seperti yang dimaklumkan oleh laman walesonline. Mungkin faktor umur yang memberikan kelebihan kepada Nazmi berbanding dengan Safee yang kini berumur 27 , dan Safiq 24. Faiz kelihatan lebih layak dengan bakat dan umur yang masih muda untuk dikembangkan bakatnya.
Nazmi Faiz mula dikenali selepas beliau dipanggil di saat-saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robart yang cedera sebelum bermulanya kejohanan sukan sea 2011 yang lalu. Nazmi yang buat pertama kalinya turun menentang Thailand pada kejohanan itu telah menunjukkan pemainan yang kreatif apabila berjaya menggerakkan bahagian tengah dengan berkesan. Aksi nazmi yang cemerlang ketika itu juga turut membantu Malaysia bagi mempertahankan emas yang dimenangi sebelum ini.
Antara entry berkaitan Nazmi Faiz Mansor :
  1. Video Jaringan Gol Nazmi Faiz Mansor Menentang Bahrain
  2. Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun 2012
  3. Nazmi Faiz mendapat perhatian di Sukan Sea 2011
  4. Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011
Pengerusi Cardiff City memang percaya terdapat banyak bakat muda di Malaysia yang boleh memberi faedah kepada Bluebirds. Sebelum ini Malaysia menamatkan kemarau di kejohanan AFF Cup dan meneruskan kecemerlangan dengan mempertahankan kilauan emas di sukan sea 2011.
“Malaysia memiliki pemain bola sepak yang berbakat, mahir dan mereka semua bercita-cita tinggi,”.Kami akan terus memberikan peluang untuk pemain Malaysia dan jurulatih-jurulatih kerana kelab ialah sebahagian daripada Malaysia.”
Nazmi Faiz dikatakan tidak perlu menjalani percubaan seperti Safiq dan Safee sebaliknya akan ke Cardiff selama setahun bagi mengembangkan lagi bakat yang dimiliknya. Kami dan seluruh rakyat Malaysia berharap Nazmi akan terus maju di sana dan mengharumkan nama Malaysia.

**Tahniah Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City pula..

Menarik Berkaitan Di Bawah :


Jelajah seks Britney


Britney Spears
Britney Spears 
 
LOS ANGELES: Britney Spears berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi terbabit.
Bekas pengawal Britney, Fernando Flores, berkata dia sedia menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah Toxic dua tahun lalu.

Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40.
Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.

Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.

“Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak.

“Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.

“Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain,” katanya.
Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.

“Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi.

“Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.

Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual.

Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang.

Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini.

Awie disantau tuju-tuju muntah bulu

 
 
IPOH: Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.
 
Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.
“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.
 
“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.
“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

Wajah Song Hye Gyo Kelima Tercantik Di Dunia

 

Apa yang menarik, bakat gadis berusia 30 tahun pada 2012 ini juga mula diiktiraf di peringkat antarabangsa. Vogue telah menggunakan khidmat jurugambar fesyen terkenal, Paolo Roversi untuk memfoto Hye Gyo bagi majalah Vogue Korea keluaran Disember lepas. Bukan itu saja, Hye Gyo jua akan tampil dalam sebuah filem bersama Tony Leung dan Zhang Ziyi, The Grandmasters pada tahun 2012. Dalam senarai ini, wanita yang mendapat tempat pertama ialah Emma Watson. Lagi 6 keping gambar Hye Gyo dari majalah Vogue dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

Song Hye Gyo, jelitawan yang merupakan aktres dari Korea Selatan telah terpilih untuk mendapat tempat kelima untuk wajah tercantik pilihan laman sesawang TC Candler bagi “100 Wajah tercantik Di Dunia Tahun 2011″. Laman itu mengumumkan senarainya 3 Januari lepas, dan senarai ini telah dilaksanakan oleh laman itu setiap tahun sejak 1990. Mungkin anda berpendapat kesemua artis Korea menjalani pembedahan plastik untuk cantik, hakikatnya tidak begitu. Seorang pakar pembedahan plastik pernah berkata melalui kepakarannya, dia berpendapat yang pelakon itu adalah pelakon berwajah paling asli di Korea di samping Kim Tae Hee.

 
 
Sumber : beautifulnara.com

Followers