Thursday 19 January 2012

Giliran Nazmi Faiz Mansor Ke Cardiff City

Posted on 07:14 by din danny



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Nampaknya CARDIFF CITY yang dimiliki oleh Dato Chan Tien Ghee benar-benar mahu membantu pemain bola sepak Malaysia untuk mngembangkan bakat lagi di liga eropah. Sebelum ini Bluebirds telah pun memberikan latihan percubaan kepada penyerang Safee Sali dan kapten pasukan kebangsaan Malaysia Safiq Rahim, tetapi Safee dan Safiq gagal untuk mengikat kontrak bersama Cardiff. Terbaru Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City pula.

Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City

Kini, Peluang pemain muda negara iaitu Nazmi Faiz pula ke Cardiff City seperti yang dimaklumkan oleh laman walesonline. Mungkin faktor umur yang memberikan kelebihan kepada Nazmi berbanding dengan Safee yang kini berumur 27 , dan Safiq 24. Faiz kelihatan lebih layak dengan bakat dan umur yang masih muda untuk dikembangkan bakatnya.
Nazmi Faiz mula dikenali selepas beliau dipanggil di saat-saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robart yang cedera sebelum bermulanya kejohanan sukan sea 2011 yang lalu. Nazmi yang buat pertama kalinya turun menentang Thailand pada kejohanan itu telah menunjukkan pemainan yang kreatif apabila berjaya menggerakkan bahagian tengah dengan berkesan. Aksi nazmi yang cemerlang ketika itu juga turut membantu Malaysia bagi mempertahankan emas yang dimenangi sebelum ini.
Antara entry berkaitan Nazmi Faiz Mansor :
  1. Video Jaringan Gol Nazmi Faiz Mansor Menentang Bahrain
  2. Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun 2012
  3. Nazmi Faiz mendapat perhatian di Sukan Sea 2011
  4. Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011
Pengerusi Cardiff City memang percaya terdapat banyak bakat muda di Malaysia yang boleh memberi faedah kepada Bluebirds. Sebelum ini Malaysia menamatkan kemarau di kejohanan AFF Cup dan meneruskan kecemerlangan dengan mempertahankan kilauan emas di sukan sea 2011.
“Malaysia memiliki pemain bola sepak yang berbakat, mahir dan mereka semua bercita-cita tinggi,”.Kami akan terus memberikan peluang untuk pemain Malaysia dan jurulatih-jurulatih kerana kelab ialah sebahagian daripada Malaysia.”
Nazmi Faiz dikatakan tidak perlu menjalani percubaan seperti Safiq dan Safee sebaliknya akan ke Cardiff selama setahun bagi mengembangkan lagi bakat yang dimiliknya. Kami dan seluruh rakyat Malaysia berharap Nazmi akan terus maju di sana dan mengharumkan nama Malaysia.

**Tahniah Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City pula..

Menarik Berkaitan Di Bawah :


1 Response to "Giliran Nazmi Faiz Mansor Ke Cardiff City"

.
gravatar
Unknown Says....

untung sungguh... muda-muda dah dpt bnyk tawaran...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/lelaki-dan-novel.html

Leave A Reply

Followers