Thursday 26 January 2012

Liam Neeson Berminat Memeluk Islam Selepas Dengar Azan

Posted on 06:21 by din danny

* Liam Neeson
BINTANG Hollywood, Liam Neeson dilaporkan oleh laman web thesun.co.uk sedang menimbang untuk memeluk agama Islam selepas mendengar azan.
Aktor berusia 59 tahun yang merupakan penganut Katholik itu mengakui bahawa perasaannya tersentuh selepas mendengar azan ketika dia sedang menjalani penggambaran di Istanbul, Turki, baru-baru ini.
“Pada minggu pertama saya mendengar bunyi azan yang berkumandang sebanyak lima kali sehari, ia membuatkan saya berasa terganggu. Namun, lama-kelamaan bunyi itu mula menusuk ke jiwa saya dan ia kedengaran begitu indah, perkara yang paling indah.
“Terdapat kira-kira 4,000 buah masjid di bandar raya itu. Sebahagiannya kelihatan begitu memukau dan menarik minat saya untuk bergelar seorang Muslim,” katanya.
Neeson yang dibesarkan di Ireland Utara merupakan seorang penganut Katholik yang warak dan pernah berkhidmat di gereja.
Malah, nama aktor itu juga diberikan bersempena nama seorang paderi di kawasan perumahannya.
Bagaimanapun, aktor yang telah kematian isterinya iaitu pelakon Natasha Richardson dalam satu kemalangan ketika bermain ski pada 2009, difahamkan kerap mempersoalkan mengenai kepercayaan.
“Saya dibesarkan sebagai penganut agama Katholik tetapi kita sering bertanya kepada diri sendiri, secara tidak sedar, apakah tujuan kehidupan kita di muka bumi ini?
“Saya kerap membaca pelbagai buku yang berkaitan Tuhan, kewujudan-Nya dan kepercayaan bahawa Tuhan tidak wujud (athisme),” katanya lagi.
Filem terbarunya, The Grey yang berkisar tentang sekumpulan pasukan penggali minyak yang terdampar di Alaska, akan mula ditayangkan di United Kingdom pada Jumaat ini.
Beliau juga dikenali kerana lakonannya sebagai seorang pejuang Scottish yang menentang penindasan kaum bangsawan Inggeris di wilayah Scotland dalam filem 'Rob Roy' dan juga berlakon sebagai pahlawan jedi dalam episod pertama dan kedua filem Star Wars.
Suaranya juga digunakan untuk watak singa gergasi bernama Azlan yang berjuang menegakkan kebaikan dalam trilogi filem Narnia.

No Response to "Liam Neeson Berminat Memeluk Islam Selepas Dengar Azan"

Leave A Reply

Followers