Thursday 19 January 2012

Latihan Menjadi Pengawal Peribadi Wanita

Posted on 04:25 by din danny


 
Pelatih yang berbikini ini sebenarnya sedang menjalani latihan yang berat dan meletihkan di Sanya, wilayah Hainan untuk menjadi pengawal peribadi wanita. 20 wanita kebanyakkan adalah graduan kolej ditendang, dilemaskan, dipijak dan terpaksa membawa kayu berat semasa latihan.

Program selama empat minggu tersebut dikendalikan khas dan dibuka buat pertama kali untuk pengawal peribadi wanita di China. Setiap pelatih juga akan melalui 10 bulan pelajaran untuk membangunkan kemahiran mereka dalam peninjauan, latihan anti-keganasan, seni mempertahankan diri dan etika perniagaan. Individu yang terbaik dari kelas juga dijemput untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Keselamatan Antarabangsa di Israel.

Dengan ekonomi yang berkembang di China, permintaan untuk perkhidmatan pengawal peribadi telah meningkat secara mendadak di tanah besar China. Siswazah yang menjadi pengawal peribadi boleh mendapat gaji yang tinggi jika digaji oleh ahli perniagaan yang kaya. Pengawal peribadi wanita juga mendapat permintaan tinggi kerana boleh menjadi setiausaha dan pengasuh anak majikan - mydaxxstory
 







 
 
 
Sumber : Apekepelik.blogspot.com

No Response to "Latihan Menjadi Pengawal Peribadi Wanita"

Leave A Reply

Followers