Sunday 15 January 2012

[Video Naked News] Baca Berita Sambil Bogel Untuk Tarik Penonton Lelaki.

Posted on 21:30 by din danny



Di Perancis ketika kerajaan negara itu mengharamkan pemakaian tudung, tetapi di satu sisi siaran beritanya yang di mana pembaca beritanya menyampaikan berita secara bogel. Saluran itu yang dinamakan Naked News Network menyiarkan berita seperti CNN, tetapi disampaikan dengan cara yang agak kreatif iaitu dengan berbogel.

Saluran itu menyiarkan berita selama 24 jam dan memaparkan berita daripada serata dunia. Para pembaca berita yang kesemuanya adalah wanita pada mulanya akan berpakaian lengkap, namun akan menanggalkannya satu persatu sehingga telanjang sambil menyampaikan berita.



Naked News Italy
Para penyampai yang dipilih adalah dari golongan terpelajar, lancar berbicara, bijak dan tentunya cantik. Satu kajian yang dilakukan menunjukkan saluran itu sebahagian besarnya ditonton oleh golongan lelaki. Melalui kajian itu juga, kebanyakan lelaki itu sebenarnya lebih berminat untuk melihat pembaca berita tersebut menanggalkan pakaian mereka berbanding mengetahui isi kandungan berita yang disampaikan.




Kini, saluran berita seperti itu bukan hanya popular di Perancis, malah sudah tersebar ke pelbagai negara maju lain di dunia. Negara-negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Italy dan Greek pun sudah mempunyai versi Naked News mereka sendiri. Apa yang di harapkan jangan sampai perkara seumpama ini melarat ke negara kita sudah. Tak jadi kerja sudahnya :(

3 Response to "[Video Naked News] Baca Berita Sambil Bogel Untuk Tarik Penonton Lelaki."

Leave A Reply

Followers